Kita perlu faham apakah yang menyebab anak itu mengamuk. Mungkin dia lapar, mungkin dia rimas, mungkin dia terlalu letih, mungkin suasana di situ bingar, mungkin dia sakit dab sebagainya.
Anak-anak tidak akan mengamuk jikanya okay. Mesti ada yang dia cuba memberitahu tetapi tidak difahami. Jika membaca ayat quran tidak meredakan, maka punca dia mengamuk bukanlah kerana gangguan syaitan sahaja. Mungkin ada ketidakselesaan yang lain.
Dengan memastikan semua itu, maka ibu bapa akan lebih senang menenangkan dia. Pegangan yang hendak dipegang kukuh di sini ialah anak-anak kecil tidak akan mengamuk sekiranya dia selesa.
Satu perkara yang ibu bapa selalu terlepas pandang atau tidak mengetahui, anak-anak kecil boleh nampak benda-benda yang ghaib.
Selalu sangat terjadi anak-anak mengamuk di pasaraya. Selain daripada kerana kepenatan dan mengamuk hendakkan permain, ketahuilah di pasaraya banyak syaitan-syaitan dan iblis dan benda halus berkeliaran menghasut dan memujuk orang untuk berbelanja lebih. Nabi s.a.w telah berpesan kepada kita mengenai kehadiran mereka di pasar-pasar untuk tujuan itu. Kebanyakan anak-anak kecil nampak akan semua itu dan kebanyakkan mereka tidak selesa atau takut!
Oleh itu jika anak-anak kecil mengamuk dan cuba diredakan tetapi tetap mengamuk, bawalah ke tempat lain yang lebih nyaman dan tenang. Bawalah ke surau.
No comments:
Post a Comment